Buluh ialah sejenis tumbuhan yang banyak terdapat di dalam hutan jenis monsun tropika. Buluh mempunyai banyak kegunaan dan sangat penting dalam kehidupan manusia. Buluh digunakan untuk membuat lantai, dinding dan memagar rumah.
Selain itu, buluh juga digunakan untuk tujuan pertanian seperti membuat junjungan untuk tanaman. Begitu juga buluh digunakan untuk membuat reban ayam, reban itik dan sangkar burung.
Dalam perikanan pula, buluh digunakan sebagai bubu, belat dan serkap. Rebung buluh boleh dibuat sayur atau dijeruk untuk dijadikan bahan perencah masakan. Buluh juga boleh digunakan untuk membuat ayakan, tudung saji, tapis dan sudip.
Di kawasan berbukit, buluh boleh juga dijadikan saluran air. Dalam sistem perhubungan masyarakat Iban, buluh dijadikan rakit dan jambatan untuk menyeberangi sungai.
No comments:
Post a Comment